Al-Biruni

 Al-Biruni 

Ahli falsafah yang serba boleh.


Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada

ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai

memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan

falsafah.

 

 

Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran

Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan

umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian

kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan

kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan.

 

 

Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada 

persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga

meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan

kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai

golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah

berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik,

sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.

 


Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal

seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan

batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban

Islam.


 

Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara

China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi

kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu

pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.


 

Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan

Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M)

diBirun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang

terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar

ilmu matematik dan alam.


 

Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu

pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India.

Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-

Ghaznawi. Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah

seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk

mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.


 

Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah

India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan

dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.


 

Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep

penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan

triniti dalam agama Kristian.


 

Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut

dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya

kepada ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting 

ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari 

ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan

satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.


 

Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan

peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi

Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al

Ghaznawi.

 


Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al

Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut

mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah

membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang.

Kajiannya dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak

masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.


 

Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan

beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang

sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul

"Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di

Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam

sepanjang hidupnya

 


Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang 

mengandungi 138 tajuk. 


 

 

Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; AlAthar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan

lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi

alTibb, tentang ubat-ubatan.

Karya ini dikatakan

karyanya yang terakhir sebelum


meninggal dunia pada 1048M.


 




Al-Biruni bukan sahaja dapat

menguasai

bahasa Sanskrit dengan

baik tetapi juga


bahasa-bahasa

Ibrani

dan Syria.

Beliau

yang

memiliki

ilmu

pengetahuan yang

luas


tentang falsafah Yunani

menjadikannya

seorang sarjana agung yang

pernah dilahirkan


oleh dunia

Islam. Al-Biruni berjaya

membuktikan bahawa gandingan falsafah

dan


ilmu pengetahuan telah

membolehkan

agama

terus hidup subur

dan

berkembang

serta


membantu

menyelesaikan

permasalahan yang dihadapi oleh

umat.




 


Pemikiran falsafahnya tidak

semata-mata bersandarkan kepada

imaginasi dan


permainan logik tetapi berdasarkan

kepada kajian

yang dilakukannya secara


empirikal. Kepakarannya

dalam ilmu

Islam

tidak boleh dipertikaikan kerana

dalam


umur yang

masih

muda lagi beliau telah

menghasilkan sebuah karya besar yang

berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya. 


 

Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina.

Keadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan

kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba

boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia

seluruhnya.


 

Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah

bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya

mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan

kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban

manusia.


 

Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah

mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label

yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli

falsafah itu sendiri.


Diberdayakan oleh Blogger.